suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambil ubat tidur tidak ikut prosedur betul, Psy dipanggil polis untuk siasatan... Wakil pengurusan tampil beri penjelasan

Psy didakwa langgar undang-undang kesihatan negara.

PENYANYI Psy disiasat pihak polis Korea Selatan selepas didakwa melanggar undang-undang kesihatan negara itu kerana mengambil ubat terkawal secara tidak sah. 

Menurut Balai Polis Seodaemun Seoul, Psy atau Park Jae-sang, 47, mengambil ubat seperti Xanax dan Stilnox yang biasanya digunakan untuk merawat gangguan kebimbangan dan masalah tidur.

Katanya, Psy mengambil mendapatkan bekalan tanpa menjalani pemeriksaan bersemuka dengan doktor. 

Psy dilaporkan menghidap gangguan tidur kronik.

Sebaliknya pengurus dia sendiri yang membeli secara terus di kaunter farmasi sebuah hospital. 

Polis dilaporkan menyerbu hospital universiti terbabit untuk mendapatkan laporan perubatan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun doktor yang menawarkan ubat berkenaan menafikan salah laku tersebut selain mendakwa ia dikeluarkan selepas rundingan jarak jauh.

Mengikut undang-undang Korea Selatan, ubat berkenaan hanya boleh diperolehi selepas perundingan bersemuka bersama pesakit. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dihantar untuk kawal lalu lintas, 5 polis disiasat gara-gara ‘curi tulang’ tonton konsert Psy

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja ubah suai tak dapat kebenaran, kediaman mewah Psy disita pihak berkuasa

Malah pengambilan ubat selain pesakit juga dilarang sama sekali kerana kedua-duanya diklasifikasi sebagai bahan yang berisiko mengalami ketagihan selain memerlukan kawalan rapi.

Sementara itu, pihak agensi penyanyi berkenaan dalam satu kenyataan mengakui terdapat kecuaian semasa proses pengambilan ubat berkenaan.

Mereka juga memaklumkan penyanyi lagu Gangnam Style itu sudah lama menghidap gangguan tidur kronik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain