suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usia sudah 57 tahun, ramai sakit mata dengan gaya berpakaian Jennifer Lopez

Segelinter netizen mempertikaikan cara berpakaian Jennifer di usia 50-an.

PENYANYI Jennifer Lopez tampil menangkis kritikan segelintir pihak yang mempertikaikan cara berpakaian yang didakwa tidak sesuai dengan usianya.

Memetik laporan New York Post, ketika membuat persembahan di acara Up All Night: Live In Las Vegas, gaya fesyen Jennifer menjadi bualan ramai pengkritik.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 57 tahun itu dilihat kekal tenang dan menjawab kritikan tersebut secara bersahaja.

Jennifer dianggap terlalu seksi tidak sesuai dengan usia.

"Kalau awak semua (penonton) ada punggung macam ini, awak pun nak bogel juga," katanya berseloroh. 

Menurut penyanyi lagu Get Right itu, kritikan terhadap dirinya bukan perkara baharu, terutamanya berkaitan penampilan serta ekspresi wajahnya ketika bergambar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mariah Carey mengaku masih tak kenal Jennifer Lopez

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar saman Jennifer Lopez, muat naik foto tanpa izin

"Salah satu soalan mereka adalah kenapa setiap kali saya ambil gambar mesti senyum dengan mulut terbuka. 

"Kenapa saya sentiasa berpakaian begitu (seksi), kenapa tak berpakaian mengikut usia. Ada pula yang cakap kenapa saya selalu 'bogel' (terlampau seksi). Saya macam hah? (terkejut)," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain