PELAWAK Nunung secara terbuka mendedahkan pernah mengamalkan pemakaian susuk ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.Kata Nunung atau Tri Retno Prayudati, 63, dek kerana termakan hasutan rakan-rakan, dia bersetuju untuk memasang susuk tanpa mengetahui kesan dan manfaat amalan berkenaan. "Umur 17 tahun sudah pasang susuk. Dulu hidup di kampung dan aktif membuat persembahan. Ramai rakan-rakan yang panggil pengamal ilmu susuk.Wajah cantik Nunung di usia muda menjadi kegilaan ramai. "Ada orang tua datang dan beritahu boleh dapat suami kaya dan ramai yang akan tergila-gilakan saya."Ramai rakan yang pakai susuk, saya sendiri tak pernah tanya manfaatnya. Apa yang saya tahu boleh jadi penarik dan ramai orang mendekati," katanya.Nunung juga dijanjikan perjalanan kerjaya seni yang lebih baik selepas dia mengamalkan pemakaian susuk.ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Nunung sanggup jual rumah dan kereta demi keluarga di kampung, kini menyewa bilik bersama suami ARTIKEL BERKAITAN: Nunung dipinggir saudara mara kerana hidup miskin, tapi syukur selepas jadi artis semua dah berubah baikBagaimanapun menurutnya, susuk yang dipasang itu tidak mendatangkan sebarang kesan baik dan hidupnya masih berjalan seperti biasa."Tiada perubahan, hidup saya biasa-biasa sahaja. Saya memang cantik di usia muda tanpa pakai susuk."Tetap tidak kaya dan kena kerja bermati-matian. Ramai juga lelaki yang mendekati saya sebelum pakai susuk," ujarnya.Sebagai peringatan, susuk adalah haram dipakai bagi orang Islam kerana ia adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan.Amalan-amalan seperti saka, susuk dan sihir adalah termasuk di dalam dosa besar yang boleh membawa kepada syirik iaitu meyekutukan Allah dengan sesuatu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube