suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nekad mahu cerai, Raisya Bawazier minta talak tiga terus!

Raisya yakin dengan keputusan untuk bercerai.

PELAKON Raisya Bawazier mendedahkan keputusan untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Zidan, adalah permintaannya sendiri selepas mereka saling berbincang.

Lebih mengejutkan lagi, Raisya, 25, meminta Zidan melepaskannya dengan talak tiga.

"Memang sudah sepakat, saya yang minta diceraikan. Saya minta talak tiga terus," katanya ringkas.

Raisya akui wujud perselisihan faham dalam rumah tangga. 

Raisya ditemui media Indonesia ketika hadir ke persidangan kes tuntutan cerai di Mahkamah Syariah, Jakarta Pusat, Indonesia pada Selasa. 

Dalam prosiding yang berlangsung, Raisya dan Zidan gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi mediasi dan kes perceraian akan diteruskan.

Ditanya tentang punca memilih untuk berpisah, pelakon ini lebih selesa untuk tidak berkongsi perkara tersebut secara terbuka kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru lapan bulan kahwin, suami Raisya Bawazier fail cerai dakwa sudah tiada persefahaman 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan suami curang, Siti Badriah pesan semak fakta sebelum buat spekulasi

Raisya bagaimanapun tidak menafikan berlaku perselisihan faham dalam rumah tangga sehingga mendorong mereka untuk berpisah.

"Boleh dikatakan berlaku perselisihan," ujarnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga Raisya menjadi bualan ramai apabila Zidan sendiri memfailkan permohonan cerai pada 21 Ogos, selepas lapan bulan mereka berkahwin.

Jadilah sebaagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain