TANPA berselindung, pelakon Go Eun Ah tampil berkongsi bentuk tubuhnya terutama bahagian perut yang kelihatan berlipat kepada peminat.Go Eun Ah, 37, mendedahkan keadaan fizikalnya itu menerusi saluran YouTube miliknya ketika berkongsi mengenai proses diet serta perubahan tubuh yang dilaluinya. Dalam video tersebut, pelakon berkenaan dilihat mengenakan crop top bersama legging yang mendedahkan bahagian perutnya.Go Eun Ah tayang perut buncit kepada peminatnya.Malah, dia sempat berseloroh mengenai selera makannya sebelum memulakan aktiviti senaman.Menurut Go Eun Ah, dia bersama adiknya akan menjalani projek diet selama sebulan sebagai usaha mendapatkan berat badan ideal.Bagaimanapun, penampilan aktres berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata terkejut melihat keadaan fizikal sebenar selebriti terbabit.Ada yang menyifatkan tindakan Go Eun Ah sebagai terlalu ‘real’ dan berbeza dengan imej kebanyakan selebriti Korea yang sering tampil dengan susuk tubuh langsing.ARTIKEL BERKAITAN: Wajah bengkak disangka kena pukul, Go Eun Ah lagi bimbang gigi depan patahARTIKEL BERKAITAN: Go Eun Ah Jawab Kontroversi Jalani Pembedahan PlastikNamun begitu, tidak kurang juga yang memberikan sokongan kepada Go Eun Ah dan menganggap keadaan tersebut sebagai sesuatu yang normal.“Dia sudah tidak kisah tentang imej sebagai selebriti? Saya sebenarnya tidak mahu melihat sesuatu yang terlalu nyata seperti ini.“Saya rasa malu melihatnya. Perutnya nampak seperti wanita mengandung,” antara komen netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube