suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketepikan kemelut rumah tangga, Cardi B dan Offset sambut ‘birthday’ anak bersama

Cardi B dan Offset berbaik hanya untuk anak-anak.

PENYANYI rap Cardi B dan Offset mengetepikan kemelut perceraian mereka apabila hadir bersama bagi meraikan ulang tahun kelahiran dua cahaya mata mereka iaitu Wave dan Blossom.

Cardi, 33, dan Offset, 34, dilaporkan hadir pada majlis yang berlangsung pada Ahad dengan tema Disney dan Sonic the Hedgehog.

Cardi turut mencuri perhatian apabila mengenakan kostum Minnie Mouse bagi memeriahkan sambutan ulang tahun kelima Wave dan ulang tahun kedua Blossom.

Mereka kini dalam fasa perceraian. 

Bagaimanapun, pasangan itu tidak kelihatan bersama dalam mana-mana foto atau video yang dikongsikan di media sosial.

Keadaan tersebut memberi gambaran kehadiran mereka lebih kepada menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan bukannya tanda mahu kembali bersama sebagai pasangan.

Malah, Cardi sempat berseloroh mengenai kehidupannya yang tidak bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B cadang buang implan punggung

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B cipta kenangan unik, tali pusat anak keempat jadi loket

Untuk rekod, Cardi dan Offset berkahwin pada September 2017 dan hubungan mereka beberapa kali berdepan masalah sebelum Cardi memfailkan perceraian buat kali kedua pada 2024.

Proses perceraian mereka masih belum selesai dan hubungan pasangan itu semakin tegang selepas Cardi mendakwa Offset kurang memainkan peranan sebagai bapa.

Pasangan berkenaan mempunyai tiga cahaya mata bersama iaitu Kulture, 8, Wave, 5, dan Blossom, 2

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain