suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi kunci mulut selepas malukan peminat wanita di konsert, sunting wajah jadi khinzir

Joker Xue masih belum tampil dengan sebarang kenyataan.

PENYANYI terkenal China, Joker Xue berdepan kecaman selepas didakwa sengaja memalukan seorang peminat wanita ketika mengadakan persembahan di sebuah konsert.

Menerusi video yang tular di media sosial, wajah peminat berkenaan pada awalnya dipaparkan di skrin gergasi ketika konsert berlangsung.

Wanita itu kelihatan teruja dan tersenyum selepas menyedari dirinya menjadi perhatian penonton sebelum wajahnya kemudian diubah secara digital menyerupai seekor khinzir.

Babak rakaman yang tular memparkan wajah peminat disunting menjadi kinzir.

Video tersebut dilaporkan meraih lebih 20 juta tontonan selepas dikongsikan di platform X, sekali gus mencetuskan kritikan terhadap tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai memalukan peminat terbabit di hadapan ribuan penonton.

Malah, insiden itu turut mengundang perdebatan mengenai isu penghinaan terhadap bentuk badan serta standard kecantikan dalam kalangan peminat.

"Dia kelihatan sangat gembira apabila wajahnya muncul di skrin sebelum akhirnya dijadikan bahan jenaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengacara digantung tugas, didakwa akses ruang sembang pedofilia ketika dalam pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-pop desak dua acara anugerah singkir Kim Soo-hyun

"Bayangkan membayar tiket untuk melihat artis kegemaran tetapi akhirnya dimalukan di hadapan orang ramai," antara komen yang ditinggalkan netizen.

Bagaimanapun, sehingga kini Joker Xue masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk