suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengacara digantung tugas, didakwa akses ruang sembang pedofilia ketika dalam pesawat

Pengacara digantung tugas sehingga siasatan selesai.

PENGACARA dan penyampai radio Jim Thornton digantung tugas selepas didakwa mengakses ruang sembang berkaitan pedofilia ketika berada dalam sebuah penerbangan.

Menurut laporan Page Six, pihaknya menerima foto yang diperoleh menunjukkan Thornton, 61, menggunakan komputer riba ketika menaiki penerbangan American Airlines pada 14 Mei lalu.

Dalam paparan skrin komputer riba miliknya didakwa menunjukkan mesej daripada sebuah ruang sembang yang dikaitkan dengan golongan pedofilia.

Thornton digantung tugas sehingga siasatan selesai.

Malah pengacara rancangan Wheel of Fortune itu dipercayai berada dalam ruang sembang berkenaan selama hampir sejam.

Difahamkan kejadian tersebut disedari oleh seorang penumpang sebelum memaklumkan kepada kru kabin dan menghubungi pihak berkuasa.

Sebaik sahaja menerima makluman itu, pihak berkuasa menunggu pesawat dinaiki Thornton mendarat dan melakukan soal siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Ariana Grande hamil anak sulung, kecewa rupanya foto ultrasound hasil AI

ARTIKEL BERKAITAN: Cher dakwa menantu hanya kejar wang dan populariti, cuba campur tangan urusan anak

Thornton bagaimanapun tidak ditahan atau didakwa berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, peguamnya Allison Hart, menjelaskan Thornton sebenarnya tersalah mengakses laman berkenaan ketika cuba mendapatkan sokongan berkaitan kesihatan mental.

Jelasnya Thornton aktif dalam usaha pencegahan bunuh diri selepas kehilangan seorang ahli keluarga akibat bunuh diri kira-kira dua tahun lalu.

Terdapat saksi melihat Thornton layari  ruang sembang berkaitan pedofilia.

"Apabila dia menyedari tujuan sebenar laman web tersebut, dia terus meninggalkan halaman berkenaan dan tidak pernah mengaksesnya lagi,” ujarnya.

Hart turut menegaskan anak guamnya tidak pernah melihat, memuat turun atau mengakses sebarang bahan pornografi kanak-kanak yang menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, pihak Sony mengesahkan Thornton telah digantung daripada rancangan Wheel of Fortune sementara siasatan menyeluruh dijalankan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain