PENGUMUMAN kehadiran pelakon Kim Soo-hyun dalam dua acara anugerah hiburan Korea bakal berlangsung tidak lama lagi mengundang bantahan dalam kalangan sebahagian peminat K-pop antarabangsa.Menurut laporan The Korea Herald, netizen malah mendesak agar pelakon berusia 38 tahun itu disingkirkan daripada The Fact Music Awards (TMA) dan Asia Artist Awards (AAA), susulan kontroversi yang pernah mengaitkan namanya dengan mendiang Kim Sae-ron. Pada 28 Ogos lalu, pihak penganjur TMA mengumumkan Kim bakal menghadiri acara tersebut di Busan Asiad Main Stadium pada 19 September ini sebagai penyampai trofi.Soo Hyun antara selebriti yang diundang bagi memeriahkan AAA.Tidak lama kemudian, AAA turut mengesahkan kehadiran aktor itu pada acara yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Disember depan di Kaohsiung National Stadium, Taiwan.Bagaimanapun, pengumuman tersebut menerima tentangan daripada sebahagian peminat K-pop antarabangsa yang menyuarakan bantahan menerusi media sosial."Kami bersama-sama fandom (peminat) lain mendesak agar Kim disingkirkan daripada acara anugerah yang turut dihadiri artis wanita dan idola di bawah umur," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun menang saman, tuntutan RM1.6 juta ditolak mahkamahARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, Kim Soo Hyun bebas dakwaan eksploitasi seksual kanak-kanakTanda pagar #KimSooHyunOutAAA turut menjadi perhatian selepas digunakan bagi menyuarakan bantahan terhadap penyertaan aktor berkenaan dalam AAA.Sebelum ini, Kim menjadi bualan selepas dia dikaitkan dengan kematian pelakon Kim Sae-ron yang ditemui tidak bernyawa di rumahnya pada 16 Februari tahun lalu.Kim dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan aktres itu ketika mendiang masih di bawah umur.Bagaimanapun, pelakon drama Queen Of Tears itu bebas daripada dakwaan melakukan penderaan seksual dan eksploitasi terhadap mendiang selepas siasatan polis mendapati tuduhan berkenaan tidak berasas.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube