PERSEMBAHAN DJ Panda bertukar kecoh apabila pemuzik berkenaan berang selepas seorang penonton bertindak membaling telefon bimbit ke arahnya yang berada di atas pentas.Tidak berdiam diri, DJ Panda mengambil telefon berkenaan sebelum menghancurkannya secara terbuka di hadapan penonton yang hadir. Tindakan tersebut menyebabkan suasana di lokasi tersebut bertukar kecoh, malah rakaman kejadian itu turut tular di media sosial.Rakaman itu menjadi tular di media sosial. Menerusi video berkenaan, DJ Panda dilihat memberi teguran kepada penonton terbabit sambil menyifatkan tindakannya sebagai pengajaran supaya lebih menghormati artis yang sedang membuat persembahan.“Lain kali kalau nak lemparkan barang dekat kepala aku ini, lemparlah emas, jangan telefon bimbit. Kalau telefon bimbit, memang ini jawapannya.ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda mengaku hamilkan Erika Carlina kerana mabuk teruk, niat bernikah galas tanggungjawab terbatalARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda dituduh hamilkan Erika Carlina, persembahan di enam kelab malam dibatalkan“Tak tahu siapa yang punya, tetapi ini balasannya. Bersopan sikit selepas ini,” katanya.DJ Panda kemudiannya terus merosakkan telefon bimbit tersebut di hadapan penonton sebelum meneruskan persembahannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube