suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Soo Hyun menang saman, tuntutan RM1.6 juta ditolak mahkamah

Soo Hyun menang saman yang difailkan jenama jam tangan Switzerland.

PELAKON Kim Soo Hyun menang saman yang difailkan jenama jam tangan Switzerland, Mido, berhubung tuntutan pemulangan bayaran kontrak pengiklanan berjumlah kira-kira 570 juta won (RM1.6 juta).

Menurut laporan Allkpop, Mahkamah Daerah Timur Seoul pada Rabu menolak sepenuhnya tuntutan Mido terhadap agensi Soo Hyun, Gold Medalist, termasuk tuntutan ganti rugi susulan penamatan kontrak pengiklanan tersebut.

Mido sebelum ini mendakwa nilai komersial Soo Hyun terjejas selepas saluran YouTube HoverLab (Garosero Research Institute) menyebarkan pelbagai dakwaan terhadap pelakon berkenaan.

Soo Hyun sebelum ini dihimpit pelbagai kontroversi.

Susulan itu, pihak Mido mengambil keputusan menamatkan kontrak dan menuntut sebahagian bayaran pengiklanan yang telah diberikan kepada Soo Hyun dikembalikan.

Bagaimanapun, Gold Medalist menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan kontrak itu tidak ditamatkan susulan sebarang salah laku yang dilakukan Soo Hyun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, Kim Soo Hyun bebas dakwaan eksploitasi seksual kanak-kanak

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun kembali aktif selepas setahun ‘pencen’, dapat kepercayaan jenama fesyen

Agensi berkenaan turut menafikan dakwaan mengenai hubungan Soo Hyun dengan mendiang pelakon Kim Sae Ron ketika mendiang masih di bawah umur.

Peguam Bang Sung Hoon dari LKB & Partners berkata, Mido mengambil keputusan menarik balik iklan secara satu pihak selepas dakwaan berkenaan tersebar.

Menurutnya, mahkamah memutuskan penamatan kontrak model berkenaan bukan disebabkan sebarang kesalahan yang dilakukan Soo Hyun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain