suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada bukti kukuh, Kim Soo Hyun bebas dakwaan eksploitasi seksual kanak-kanak

Kim Soo Hyun bebas daripada tuduhan.

PELAKON Kim Soo Hyun bebas daripada dakwaan melakukan penderaan seksual dan eksploitasi terhadap kanak-kanak yang dikaitkan dengan mendiang Kim Sae Ron selepas siasatan polis mendapati tuduhan berkenaan tidak berasas.

Menurut laporan, Balai Polis Seongdong memutuskan untuk tidak merujuk kes itu kepada pihak pendakwaan selepas siasatan di bawah Akta Kebajikan Kanak-Kanak ditutup tanpa sebarang tindakan lanjut.

Polis turut menyiasat dakwaan kononnya Kim Soo Hyun menjalinkan hubungan dengan Kim Sae Ron ketika aktres itu masih bawah umur serta melakukan penderaan seksual, namun tidak menemukan sebarang bukti yang menyokong tuduhan tersebut.

Kim Soo Hyun didakwa melakukan penderaan seksual dan eksploitasi Kim Sae Ron.

Malah, pihak berkuasa memutuskan dakwaan yang dibuat oleh YouTuber Kim Se Ui bersama keluarga Kim Sae Ron adalah tidak benar.

Antara bukti yang menjadi perhatian ialah rakaman audio yang dikongsi Kim Se Ui, berkaitan Kim Sae Ron dengan seorang kenalannya di Amerika Syarikat yang mengatakan Kim Soo Hyun pernah mengeksploitasi pelakon itu ketika masih bawah umur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun kembali aktif selepas setahun ‘pencen’, dapat kepercayaan jenama fesyen

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun nampak makin kurus tak bermaya, didakwa sedang berdepan masalah kewangan

Bagaimanapun, Bahagian Siasatan Saintifik Pejabat Pendakwa Raya Agung mengesahkan rakaman audio tersebut adalah palsu dan dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Malah, identiti individu yang didakwa sebagai kenalan Kim Sae Ron dalam rakaman itu juga gagal dikenal pasti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain