suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak BCL, Ashraf Sinclair kongsi foto mesra dengan ‘kekasih‘ ikut trend TikTok

Perkongsian anak BCL (dua dari kanan) mendapat perhatian ramai.

ANAK kepada penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) dan pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Noah sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi momen mesra bersama seorang gadis dikenali sebagai Anaia Victoria di media sosial.

Perkongsian itu menjadi bualan dalam kalangan warganet apabila Noah atau Noah Aidan Sinclair, 16, memuat naik beberapa foto kemesraan mereka sehingga mengundang pelbagai spekulasi mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan.

Hubungan rapat mereka mula menjadi perhatian menerusi trend TikTok 'when my social battery runs out and all I wanna do is go home'.

Noah (kiri) kini lebih terbuka berkongsi kisah peribadi di media sosial.

Jika kebanyakan pengguna menggunakan trend tersebut untuk memaparkan kediaman masing-masing sebagai simbol 'rumah', Noah pula mengisi video berkenaan dengan koleksi foto bersama Anaia.

Perkongsian itu sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet yang percaya mereka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih terasa sakit akibat kehilangan, anak sarung baju Ashraf Sinclair buat pelepas rindu

ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan sebelum pemergian Ashraf Sinclair, Noah lukis gambar bapa dengan sayap

Malah, ramai warganet menganggap perkongsian tersebut sebagai petanda Noah kini lebih terbuka berkongsi kehidupan peribadinya kepada umum. 

Sehingga kini, Noah mahupun Anaia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan status hubungan mereka.

Untuk rekod, Noah merupakan anak kepada BCL hasil perkahwinan dengan Allahyarham Ashraf pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain