suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak gadis Tom Cruise ’buang’ nama keluarga akibat hubungan renggang sejak kecil

Suri secara sah menggugurkan nama Cruise.

ANAK perempuan kepada bintang filem terkenal Hollywood, Tom Cruise iaitu Suri dilaporkan telah menggugurkan nama keluarga bapanya itu secara rasmi.

Suri, 18, kini memilih untuk menggunakan nama Suri Noelle sekali gus membuang gelaran 'Cruise' yang sekian lama sinonim dengan dirinya.

Menurut portal TMZ, pengesahan pertukaran nama tersebut diperoleh menerusi rekod di Pennsylvania apabila Suri mendaftar sebagai pengundi menggunakan nama baharunya.

Gadis remaja itu dilaporkan mengambil tindakan tersebut ketika berada di tahun pertama pengajiannya di Carnegie Mellon University pada 2024.

Hubungan mereka renggang sejak Suri berumur tujuh tahun. 

Mengulas lanjut mengenai keretakan hubungan dua beranak itu, sumber terdekat mendakwa hubungan Suri dan Tom sudah mula terputus dan renggang sejak gadis itu berusia tujuh tahun lagi.

Untuk rekod, Tom dan aktres Katie Holmes berkahwin pada 2006 dan bercerai pada 2012.

Suri merupakan satu-satunya cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang kes jenayah meningkat, Tom Cruise nekad tinggalkan rumah mewah di London

ARTIKEL BERKAITAN: Gerak-geri sentiasa dipantau, Tom Cruise panas buntut lihat populariti Pedro Pascal makin melonjak

Selain Suri, Tom turut mempunyai dua anak angkat iaitu Bella dan Connor hasil perkahwinan terdahulu bersama aktres Nicole Kidman.

Pihak TMZ sudah menghubungi wakil Tom bagi mendapatkan ulasan lanjut, namun belum menerima sebarang maklum balas berhubung tindakan anak perempuannya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain