PELAWAK Sule mendedahkan dia tidak menerima sebarang jemputan ke majlis perkahwinan bekas isterinya, Nathalie Holscher dengan kekasih iaitu Aripat.Akur tiada undangan, Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna, 50, bagaimanapun berkata bersedia dan terbuka untuk menghadiri majlis berkenaan sekiranya dijemput. "Kebetulan memang saya tidak dijemput. Kalau tidak dijemput, mana mungkin saya datang. Kalau dijemput, sudah tentu saya akan hadir," katanya.Sule dan Nathalie bercerai pada Ogos 2022. Bercakap mengenai desas-desus perkahwinan bekas isterinya itu, Sule mengakui hanya mengetahui khabar gembira berkenaan menerusi perkongsian yang tular di media social."Saya tahu daripada media sosial, kemudian saya bertanya kepada adiknya,betul nak kahwin? Dia jawab ya. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak ikut wajah Sule, bekas isteri berkali-kali tanya doktor ketika buat imbasanARTIKEL BERKAITAN: Sule pernah terima RM303,000 sebulan dari YouTube, paling ‘cikai’ pun RM101,000"Saya pun bergurau untuk mereka jemput saya. Itu sahaja, sekadar bergurau," ujarnya.Untuk rekod, Sule dan Nathalie pernah berkahwin pada 15 November 2020 dan sah bercerai pada 10 Ogos 2022.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!