ANGGOTA kumpulan Blackpink iaitu Jennie berkongsi rutin hariannya semasa bercuti di sekitar London di media sosialnya.Menerusi perkongsian tersebut, Jennie,30, memuat naik foto yang memaparkan dirinya tanpa solekan dan berpakaian santai. Dia juga dilihat begitu menikmati percutian tersebut apabila sempat mengunjungi sebuah kedai antik sambil berbasikal.Jennie kongsi aktiviti dilakukan di London.Lebih menarik perhatian apabila dia seakan meminta agar peminatnya menghormati ruang privasi yang dimilikinya."Saya tak suka diganggu ketika hari cuti," tulisnya di ruangan kapsyen.Bagaimanapun, Jennie tidak memperincikan kepada siapa kapsyen itu ditujukan.ARTIKEL BERKAITAN: Foto mesra Jennie Blackpink bersama lelaki misteri cetus tanda tanya peminatARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink didakwa tak tunjuk wajah penuh ketika pemeriksaan di lapangan terbang, netizen persoal boleh lepas sebab selebriti?Perkongsian itu meraih pujian peminatnya selain berharap dia menikmati percutiannya itu.Namun mereka turut bimbang sekiranya Jennie diganggu oleh peminat fanatik."Dia patut dapatkan rehat yang tenang tanpa gangguan. Ada sesiapa ke yang ganggu dia?," antara komen netizenJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!