PERKONGSIAN foto mesra anggota kumpulan Blackpink, Jennie bersama seorang lelaki misteri mencuri perhatian peminat di media sosial.Menerusi foto yang dimuat naik menerusi Instastory, Jennie dilihat meletakkan kepalanya di bahu lelaki berkenaan sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hubungan mereka. Bagaimanapun, wajah lelaki tersebut ditutup dengan emoji hati berwarna putih, menyebabkan identitinya menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.Jennie buat peminat berteka teki.Foto berkenaan kemudian dikongsi semula oleh peminat di platform X dan menjadi topik perbualan hangat.Rata-rata peminat mula membuat andaian selain cuba mengenal pasti individu yang berada di sisi penyanyi itu.Ada yang mendakwa lelaki tersebut mungkin seorang selebriti, malah beberapa nama pelakon turut disebut oleh peminat.“Jennie dedahkan kekasih baharu dia ke? Tapi siapa lelaki itu?ARTIKEL BERKAITAN: Insiden jurugaya tersentuh dada jadi bualan, Jennie Blackpink pula kena kecamARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink didakwa tak tunjuk wajah penuh ketika pemeriksaan di lapangan terbang, netizen persoal boleh lepas sebab selebriti?“Mungkin Jennie sengaja mahu mengusik peminat atau mungkin foto itu ada kaitan dengan muzik video baharunya.“Lelaki itu nampak seperti Byeon Woo Seok dari My Lovely Liar. Mereka juga pernah bertemu sebelum ini,” antara komen netizen.Namun sehingga kini, Jennie masih belum memberikan sebarang penjelasan mengenai identiti lelaki tersebut atau maksud sebenar di sebalik perkongsian berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!