ANGGOTA kumpulan Blackpink iaitu Jennie sekali lagi menjadi sasaran kecaman netizen selepas satu video memaparkan dirinya di sebuah acara jenama mewah tular di media sosial.Menerusi video berkenaan, Jennie dilihat sedang berkomunikasi dengan seorang jurugaya lelaki yang dipercayai membantu membetulkan bahagian pakaiannya ketika acara tersebut berlangsung. Difahamkan, jurugaya tersebut turut membetulkan bahagian garis leher gaun yang dipakai Jennie, sebelum insiden itu didakwa terkena bahagian dada penyanyi berkenaan.Antara video yang tular di media sosial.Kejadian itu berlaku sebaik sahaja Jennie keluar dari kenderaan yang dinaiki dan bersedia untuk melangkah ke karpet merah.Walaupun situasi berkenaan berlaku dalam suasana profesional, ia tetap mengundang perhatian serta perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.Sebahagian peminat mengkritik tindakan tersebut, dengan mendakwa Jennie seolah-olah membenarkan staf lelaki menyentuh tubuhnya dalam situasi terbuka.ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink didakwa tak tunjuk wajah penuh ketika pemeriksaan di lapangan terbang, netizen persoal boleh lepas sebab selebriti?ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink didakwa terima bayaran jadi ‘kekasih gelap’, ada video aksi atas katilMalah, terdapat juga komen-komen yang menghina penyanyi itu, dengan dakwaan kononnya dia sengaja mencetuskan kontroversi tidak menyenangkan.Namun begitu, ada juga pihak yang tampil mempertahankan Jennie dengan menyifatkan situasi itu dilakukan dalam konteks kerja dan tidak wajar dijadikan bahan kecaman.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!