PELAKON dan pengacara Indonesia Ruben Onsu tampil bersuara mengenai dakwaan bekas isterinya iaitu Sarwendah, yang mengatakan tidak menerima nafkah serta sara hidup anak-anak sejak enam bulan lalu.Peguam mewakili Ruben iaitu Minola Sebayang menjelaskan, aktor itu bertindak untuk tidak memberi sebarang nafkah sebagai tanda protes kerana haknya untuk bertemu anak-anak selama dua hingga tiga hari seminggu tidak dipenuhi Sarwendah. "Dia mahu menunjukkan protesnya. Baru enam bulan (henti nafkah) sudah bising, sedangkan Ruben sudah bertahun-tahun memberi nafkah, apa namanya itu?” kata Minola.Ruben sudah mengeluarkan perbelanjaan besar sepanjang perkahwinan. Menurut Minola, Ruben sudah mengeluarkan perbelanjaan besar sepanjang tempoh perkahwinan termasuk membayar insurans bekas isterinya selain kos renovasi rumah yang disifatkan luar biasa.Malah katanya, kos untuk beg plastik sampah sahaja mencecah Rupiah 9 juta bersamaan RM2,400 sebulan ditanggung oleh Ruben.“Duit untuk beg plastik sampah sahaja dibayar Ruben. Tetapi adakah hak Ruben untuk berkumpul dengan anak-anak selama dua hingga tiga hari seminggu diberikan? Tidak. ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Dua Lipa dan Callum Turner akhirnya berkahwinARTIKEL BERKAITAN: Sebelum terkenal, kawan-kawan anggap pengacara popular ini hanya 'tukang cop meja' kelab malam"Ruben berjuang demi anak-anaknya, tetapi jangan sampai anak-anak membenci dan derhaka kerana maklumat yang salah,” ujarnya.Dalam pada itu, Minola turut mengkritik tindakan Sarwendah yang didakwa sering meminta Ruben berhubung sendiri dengan anak-anak sekiranya mahu bertemu mereka.Katanya, keadaan itu menyukarkan komunikasi memandangkan telefon bimbit anak-anak tidak sentiasa aktif dan kadangkala mengambil masa berhari-hari untuk membalas mesej.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!