suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebelum terkenal, kawan-kawan anggap pengacara popular ini hanya 'tukang cop meja' kelab malam

Pengacara dilayan buruk sebelum terkenal.

PENGACARA Jung Joon Ha mendedahkan kisah melucukan mengenai rakan industrinya iaitu Yoo Jae Suk yang didakwa pernah dipergunakan oleh rakan-rakan sebagai 'pengecop meja' di kelab malam ketika namanya belum dikenali dalam industri hiburan.

Menerusi program temu bual Hangout with Yoo, Joon Ha membongkar perangai lama pengacara popular berasal Korea itu sewaktu mereka sering mengunjungi kelab malam bersama-sama suatu ketika dahulu.

Menurut Joon Ha, ketika mereka rancak berhibur, Jae Suk pula ditinggalkan bersendirian semata-mata untuk menjaga kawasan tempat duduk mereka kerana tidak popular dalam kalangan wanita.

Yoo Jae Suk kini merupakan nama besar di Korea. 

“Dia hanya duduk seorang diri di meja. Waktu kami berjalan keliling, dia pula yang jaga tempat duduk. 

"Bila makanan sampai, dia cuma makan satu atau dua ketul sahaja,” selorohnya. 

Bukan itu sahaja, rakan dua selebriti itu iaitu Joo Woo Jae turut mendedahkan yang Jae Suk sanggup datang lebih awal ke kelab malam demi memastikan mereka mendapat tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Malang tak berbau, Leeteuk terlibat kemalangan lepas dua minggu pandu kereta baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit Konspirasi mohon henti sebarang spekulasi, keputusan tamat tayangan tiada pengaruh luar

Mengiyakan dakwaan tersebut, Joon Ha menambah bahawa Jae Suk pada waktu itu merupakan seorang rakan yang sangat lurus dan akan menuruti apa sahaja arahan yang diberikan kepadanya.

“Bukan setakat jaga tempat duduk, apa sahaja yang disuruh memang dia buat,” tambahnya.

Artikel Lain