BERKONGSI pengalaman menjalani hukuman penjara, pelakon Jonathan Frizzy memberitahu dia berdepan tekanan mental sehingga terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri.Menurut Jonathan atau mesra disapa Ijonk, 44, situasi di sebalik tirai besi itu, yang memaksanya tinggal bersama puluhan tahanan lain, memberi tekanan sehingga membuatkan dia putus harapan untuk terus hidup. "Saya sempat fikir untuk bunuh diri di situ. Sempat berfikir bagaimana cara yang paling cepat kerana di sana dilarang ada benda tajam atau tali.Ijonk menjalani hukuman penjara atas kesalahan menyeludup vape. "Melawan diri sendiri sangat susah," katanya.Ijonk turut menggambarkan kehidupan di penjara seperti berada dalam 'neraka' kerana perlu berkongsi kemudahan asas dengan tahanan lain.Bahkan, lebih teruk lagi, dia turut mempertikaikan tahap kebersihan makanan yang disediakan.ARTIKEL BERKAITAN: Seludup ‘ubat keras’ dari Malaysia, Jonathan Frizzy berdepan hukuman penjara 12 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Jonathan Frizzy dibebaskan awal, berkelakuan baik sepanjang dalam penjara"70 orang, satu bilik mandi. Saya tak boleh mandi, tak boleh 'membuang'. Bagaikan neraka yang Tuhan beri kepada saya."Melihat makanan, saya nampak ia dimakan tikus sebelum diberikan kepada tahanan. Saya tak makan, saya hanya menangis," jelasnya.Pada Oktober tahun lalu, Ijonk dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan menyeludup vape yang mengandungi ubat keras.Dia bagaimanapun dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik sepanjang berada dalam tahanan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!