suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britney Spears kongsi foto pakaian bayi, beri bayangan sedang hamil

Britney beri bayangan sedang hamil.

PENYANYI Britney Spears sekali lagi mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memberi bayangan bakal menimang cahaya mata.

Spekulasi tersebut mula tersebar apabila Britney, 45, membuat perkongsian memuat naik foto sehelai pakaian bayi dengan kapsyen seolah-olah memberi petunjuk dia akan memperkenalkan seseorang yang istimewa pada tahun ini.

"Jika anda bernasib baik, saya ada seseorang yang sangat cantik untuk diperkenalkan kepada anda. Harap-harap tahun ini.

Britney kini mempunyai dua cahaya mata. 

"Dan jika tidak, perkara paling indah tidak akan pernah dilihat. Apa pun yang berlaku," tulisnya.

Selain gambar pakaian bayi, penyanyi itu turut berkongsi foto lama sedang memeluk salah anak lelakinya, Sean Preston, 20, selain gambar Jayden, 19, ketika bayi.

Perkongsian tersebut menguatkan lagi spekulasi kerana bulan lalu Britney turut meluahkan harapannya untuk menimang seorang lagi cahaya mata menerusi hantaran sempena sambutan Hari Bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears menangis ketika ditahan, ajak polis datang rumah makan lasagna dan mandi kolam

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears serah diri masuk pusat pemulihan, malu selepas ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Untuk rekod, pada April 2022, Britney pernah mengumumkan dia hamil ketika masih bergelar isteri kepada Sam Asghari namun impian mereka tidak kesampaian apabila mengalami keguguran sebulan kemudian.

Britney mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston dan Jayden hasil perkahwinan dengan bekas suami, Kevin Federline. Kedua-dua anak itu dilahirkan masing-masing pada 2005 dan 2006.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain