suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande dirakam berpelukan dengan bekas kekasih, didakwa bercinta semula

Aksi mesra Ariana dan bekas kekasih, Ricky (kanan) berjaya dirakam lensa TMZ.

PENYANYI Ariana Grande dilihat tidak lagi berselindung mengenai hubungan cintanya dengan bekas kekasih, Ricky Alvarez, selepas pasangan itu dilaporkan berjalan berpelukan di Central Park, New York, Amerika Syarikat (AS).

Menerusi foto yang diperoleh TMZ, mereka kelihatan ceria sambil tersenyum ketika meluangkan masa bersama di sekitar bandar raya berkenaan.

Sebelum ini, Ricky turut dilihat menemani Ariana sepanjang siri jelajah konsert penyanyi itu di Texas, AS pada Jun lalu.

Ariana dilihat tidak lagi berselindung tentang hubungan cintanya.

Malah, Ariana juga dilaporkan mengubah lirik lagu popularnya, Thank U, Next, ketika membuat persembahan sehingga mencetuskan tanggapan bahawa hubungannya dengan Ricky kini berada dalam fasa yang lebih baik.

Pasangan itu turut menyambut Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai bersama apabila mereka dilihat membeli makanan di sebuah pasar raya Whole Foods di Florida, AS.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande umum bakal tinggalkan dunia muzik, mahu fokus bidang lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki serang Ariana Grande bangga dibebaskan, dah banyak kali buat kecoh ‘terjah’ artis terkenal

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menguatkan spekulasi bahawa Ariana dan Ricky kembali menjalin hubungan cinta selepas pernah berpisah.

Untuk rekod, Ariana dan Ricky mula bercinta pada Mei 2015 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Julai 2016. 

Perpisahan mereka dipercayai berpunca daripada kesukaran mengekalkan hubungan berikutan komitmen kerja yang padat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain