suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedar diri punca Pasha Ungu tolak tawaran berlakon dengan anaknya Keisha Alvaro

Pasha sentiasa beri sokongan terhadap kerjaya seni anaknya.

PENYANYI Pasha Ungu mendedahkan dia sudah beberapa kali menerima tawaran untuk berlakon bersama anaknya, Kiesha Alvaro yang kini semakin meningkat naik sebagai bintang filem.

Lebih selesa berkata 'tidak', Pasha mempunyai alasan tersendiri untuk tidak melibatkan diri dalam dunia lakonan meskipun ditawarkan watak sebagai bapa kepada anaknya dalam sesebuah karya.

Menurut vokalis kumpulan Ungu itu, pengalaman luas dalam dunia muzik tidak menjamin seseorang penyanyi mampu beraksi di hadapan kamera sebagai seorang pelakon.

Pasha lebih selesa terus menyanyi selain aktif dalam politik. 

"Ada beberapa tawaran untuk saya menjadi bapa Kiesha atau berlakon dengannya. Saya sedar kemampuan diri, jadi saya tidak menerimanya. Cari sahaja orang lain.

"Saya tidak boleh berlakon. Kalau berlakon dalam muzik video saya boleh, selebihnya tidak," katanya.

Tambah Pasha, anaknya sendiri pernah mengajaknya untuk terlibat dalam filem Komang, iaitu naskhah yang mula memperkenalkan nama Kiesha dalam industri perfileman.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ikut jejak langkah bapa, anak Pasha Ungu tak sedia kahwin muda 

ARTIKEL BERKAITAN: Takutnya azab kubur, anak Pasha Ungu elak hubungan sebelum nikah... Kiesha mahu bercinta selepas kahwin

Biarpun pada awalnya tertarik untuk berlakon, Pasha terpaksa menolak tawaran itu kerana jadual kerjanya yang padat.

"Dalam filem Komang juga saya diajak berlakon sebagai bapa Kiesha. Tetapi ketika itu jadual tidak mengizinkan kerana saya perlu terbang ke daerah lain. Jadual saya sangat padat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain