ENGGAN terus berdiam, pelakon Amanda Manopo tegas mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang bekas pekerjanya yang didakwa melakukan penyelewengan dana syarikat termasuk wang daripada akaun peribadinya.Bagi Amanda, mencari jalan penyelesaian menerusi pihak berkuasa adalah langkah terbaik agar ia menjadi pengajaran kepada orang ramai, termasuk golongan selebriti sepertinya. "Penat jadi orang baik. Sekali-sekala kita perlu memberi pengajaran supaya menjadi iktibar. Mungkin juga bagi public figure lain yang pernah melalui perkara sama, saya rasa mengambil tindakan melalui saluran undang-undang adalah jalan terbaik," tegasnya.Amanda tampil membuat laporan polis berhubung penyelewengan dana. Amanda sebelum itu mendedahkan dia mengalami kerugian hampir RM1 juta akibat perbuatan seorang pekerja yang telah berkhidmat dengannya selama lapan bulan.Pelakon itu menyedari perkara tersebut selepas melakukan penelitian terhadap pengurusan dana sejurus bekas pekerja berkenaan dipecat.Lebih mengecewakan, Amanda turut mendakwa individu terbabit menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi dan berhibur. ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan bercampur baur, Amanda Monopo sedih anak dalam kandungan terima kecaman ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu dapat barangan elektrik, Amanda Manopo berhabis RM1.2 juta buat majlis kahwin... Semua guna duit suami"Dalam tempoh lapan bulan, saya mengalami kerugian hampir RM1 juta."Saya mula menghidu tindakan itu selepas memecatnya. Saya pecat dia kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Saya kemudian melakukan audit terhadap semua akaun dan semuanya menjadi jelas."Dia menggunakan wang itu untuk melancong ke luar negara, berhibur di kelab di Bali dan berbelanja untuk perkara berkaitan hiburan," jelasnya.Amanda sebelum itu tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Indonesia untuk menjalankan siasatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!