suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

So Ji Sub hadiah emas kepada 300 kru, tak berkira keluar duit sendiri hampir RM300,000

Sikap So Ji Sub sangat disenangi tim produksi.

PELAKON So Ji Sub mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sekeping emas kepada hampir 300 pelakon dan kru produksi drama Agent Kim Reactivated.

Memetik laporan KoreaBoo, Ji Sub membelanjakan kira-kira RM300,000 (100juta won) dengan menggunakan wang sendiri bagi menyediakan hadiah tersebut.

Lebih menyentuh hati, pelakon berusia 48 tahun itu turut menyertakan sekeping kad yang ditulis sendiri sebagai tanda terima kasih kepada seluruh pasukan produksi.

Ji Sub (kanan) bergandingan dengan Seo Su Min dalam Agent Kim Reactivated.

"Saya berasa sangat terharu dan gembira dapat bekerjasama dalam projek ini. 

"Terima kasih kepada semua yang telah menyinari Agent Kim Reactivated mengikut peranan masing-masing," kongsinya. 

Sementara itu, aktres Seo Su Min yang memegang watak anak perempuan dalam memberitahu aktor tersebut meminta agar hadiah tersebut dibuka di rumah.

"Sewaktu hari terakhir penggambaran, dia mengagihkan hadiah kepada semua kru dan pelakon serta meminta kami membukanya di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarak usia 17 tahun tak halang So Ji Sub bercinta dengan Jo Eun Jung

ARTIKEL BERKAITAN: Berat So Ji Sub Turun 7 Kilogram Demi 'Oh My Venus'

"Apabila saya membukanya, saya tertanya-tanya sama ada ia emas sebenar atau sekadar mainan. Selepas tahu ia emas tulen, saya benar-benar terkejut," ujarnya. 

Bagaimanapun ini bukan kali pertama Ji Sub menunjukkan penghargaan kepada rakan sekerjanya.

Sebelum ini, dia turut menghadiahkan sekeping emas kepada setiap pelakon, pengurus dan kru selepas selesai penggambaran siri Netflix Mercy for None (Gwangjang) sebagai tanda terima kasih kerana berjaya menamatkan penggambaran dengan selamat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain