suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen terkejut Miley Cyrus tayang payudara, kemaluan dalam sesi fotografi

Nama Miley Cyrus kembali menjadi bahan bualan netizen.

PENYANYI dan pelakon Miley Cyrus mencuri perhatian apabila tampil dengan gaya berani menerusi sesi fotografi untuk majalah Wonderland.

Miley, 33, menghiasi muka depan edisi musim panas majalah berkenaan selain turut diberi kepercayaan sebagai editor jemputan.

Dalam beberapa foto yang dikongsikan, penyanyi lagu Flowers itu dilihat mengenakan jaket putih yang dibiarkan terbuka sehingga menampakkan sebahagian payudaranya.

Antara foto yang menjadi perhatian netizen.

Tidak cukup dengan itu, Miley turut tampil dengan gaya cukup berani apabila bergambar sambil menarik bahagian seluar yang dipakainya sehingga hampir menampakkan bahagian alat sulit.

Sesi fotografi tersebut jelas memperlihatkan sisi eksperimental dan penuh keyakinan bintang berkenaan yang sememangnya dikenali dengan penampilan berani.

Perkongsian foto berkenaan mengundang perhatian peminat yang rata-rata terkejut melihat penampilan Miley.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen simpati tunang Miley Cyrus kena ‘halau’, tak dapat bergambar di Hollywood Walk of Fame

ARTIKEL BERKAITAN: Miley Cyrus tak suka kena tempik, tegur jurugambar jangan tinggikan suara

Malah, ada yang menganggap keberanian Miley menampilkan sisi berbeza itu seakan-akan petanda dia bakal menghasilkan karya baharu yang hebat.

"Tak sangka hampir ternampak bentuk kemaluan dia.

"Bila dia menunjukkan kemaluan dia, tentu dia serius. Dia akan hasilkan karya hebat.

"Dia tunjukkan semuanya kepada peminat," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain