suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Poster album baharu Jennie dituduh ciplak karya Ariana Grande

Jennie masih kunci mulut berhubung dakwaan ciplak.

NAMA anggota Blackpink iaitu Jennie menjadi bualan hangat netizen selepas dituduh menciplak karya artis lain menerusi album terbaharunya berjudul Fallen Angel.

Kekecohan itu mula timbul apabila Jennie berkongsi poster album terbaharunya di media sosial pada 26 Ogos lalu.

Rata-rata netizen mendakwa komposisi serta penggunaan warna pada poster Jennie kelihatan hampir sama dengan karya Ariana Grande menerusi Supernatural serta Spiritual Ascension oleh kumpulan Cherie Amour.

Netizen bandingan poster Jennie dan Ariana (kiri).

Rata-rata netizen mendakwa Jennie sering menggunakan idea atau hasil kerja artis lain untuk memudahkan kerja.

Ada juga yang mendakwa warna dan konsep poster tersebut terlalu menyerupai karya Ariana Grande.

"Tiada apa yang asli tentang perempuan ini, selalu mencuri karya orang lain. Memalukan!

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink kongsi bercuti di London, enggan diganggu peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Foto mesra Jennie Blackpink bersama lelaki misteri cetus tanda tanya peminat

"Dia tiru Ariana Grande! Warna pun dia tiru tak nak ubah," antara komen netizen.

Bagaimanapun, sehingga kini Jennie mahupun pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain