PENYANYI Taiwan, Jay Chou dilaporkan membeli dua buah rumah mewah di Taipei bernilai AS$15.1 juta (RM63.7 juta) dan mendaftarkan kedua-dua hartanah itu atas nama isterinya, Hannah Quinlivan.Penyanyi berusia 47 tahun itu dikatakan membayar keseluruhan harga hartanah berkenaan secara tunai tanpa membuat sebarang pinjaman. Menurut laporan Money UDN, Jay sudah merancang pembelian tersebut sejak tahun lalu sebelum urusan berkenaan dimuktamadkan tepat pada masanya sempena ulang tahun kelahiran Hannah yang ke-33 pada 12 Ogos lalu.Jay dan Hannah (kanan) sudah berkahwin selama 11 tahun.Dua hartanah berkenaan mempunyai keluasan keseluruhan kira-kira 990 meter persegi dan terletak di salah satu kawasan kediaman mewah di Taipei.Sementara itu, portal hiburan Next Apple melaporkan Jay memiliki sekurang-kurangnya 10 hartanah di sekitar Taipei.Bukan sahaja hartanah, pelantun lagu Mojito itu juga diketahui mempunyai minat mendalam terhadap karya seni bernilai tinggi.ARTIKEL BERKITAN: Peminat bertuah dapat jaket milik Jay Chou, terima tawaran RM1.3 juta untuk jual semulaARTIKEL BERKAITAN: Jay Chou didakwa sembunyi laporan pekerja terkena jangkitan Covid-19Pada Mei lalu, Jay menjadi perhatian selepas dilaporkan membelanjakan AS$20 juta (RM79.3 juta) untuk memiliki sebuah lukisan minyak karya pelukis terkenal Perancis, Henri Matisse.Lukisan berjudul The Morning Session itu dihasilkan pada 1924.Dengan pembelian terbaharu itu, Jay sekali lagi mencuri perhatian bukan sahaja kerana nilai hartanah yang dibeli, tetapi kerana memilih untuk meletakkannya atas nama Hannah.Untuk rekod, Jay berkahwin dengan Hannah pada 17 Januari 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Hathaway Chou, 11, dan Jaylen Romeo Chou, 9 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube