suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menjijikkan! Kesha terkejut peminat hulur gigi palsu hangat dan basah ketika beraksi di pentas

Kesha gemar kumpul gigi peminat.

PENYANYI Kesha berdepan detik mengejutkan apabila seorang peminat menghulurkan gigi palsu yang baru sahaja dikeluarkan dari mulutnya ketika sedang membuat persembahan.

Menerusi video yang tular di TikTok, kejadian tersebut berlaku ketika Kesha, 39, menjayakan siri jelajah Freedom Tour.

Dalam video berkenaan, seorang peminat dilihat menghulurkan sesuatu kepada Kesha sebelum penyanyi itu menyedari ia merupakan gigi palsu.

Kesha terkejut keadaan gigi masih lagi hangat dan basah.

Kesha pada awalnya ketawa sebelum mengambil gigi tersebut menggunakan tangan.

Bagaimanapun, dia kemudian terkejut apabila mengetahui gigi palsu berkenaan masih hangat dan basah.

“Saya rasa peliklah,” katanya.

Kesha kemudian menjerit sebelum melepaskan gigi palsu tersebut kerana berasa geli.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih jalan damai... Kesha tutup kes rogol, selesai luar mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Kesha Mengaku Dirinya Wanita Biseksual

Penyanyi itu turut berseloroh mengenai gigi berkenaan sebelum bertanya kepada peminat sama ada dia benar-benar tidak lagi memerlukannya.

Namun, seorang lagi peminat memberitahu Kesha bahawa wanita tersebut masih memerlukan gigi palsu berkenaan.

Kesha kemudiannya menyerahkan semula gigi tersebut kepada pemiliknya.

Kesha memulangkan kembali gigi palsu peminatnya.

Sebelum ini, Kesha sebelum ini pernah mendedahkan dia mempunyai koleksi lebih 1,000 batang gigi yang diberikan oleh peminat.

Menurut Kesha, minat tersebut bermula selepas seorang peminat memberitahu bahawa anaknya kehilangan gigi.

Dia kemudian meminta gigi berkenaan untuk dijadikan barang kemas, selain menyimpan koleksi tersebut di dalam balang kecil di rumahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain