PENYANYI Raisa Andriana sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi foto misteri yang hanya memaparkan bahagian mata seorang individu di Instagram.Foto berkenaan dimuatkan pada slaid terakhir dalam hantaran yang menghimpunkan beberapa gambar daripada koleksi peribadi penyanyi itu. Bagaimanapun, Raisa tidak mendedahkan identiti individu terbabit, sebaliknya hanya memberikan kapsyen ringkas pada hantaran tersebut.Raisa sah bercerai pada Disember tahun lalu.“Sedikit intipan daripada galeri kamera saya,” tulisnya.Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi warganet yang mula tertanya-tanya mengenai identiti individu di sebalik foto berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Raisa, Hamish Daud sah cerai... Sepakat hak jagaan anakARTIKEL BERKAITAN: Sah! Raisa failkan cerai secara dalam talianMalah, ada yang membuat spekulasi lelaki tersebut merupakan seorang cef dari Perancis, sekali gus mengaitkan foto berkenaan dengan kehidupan peribadi dan percintaan Raisa.Untuk rekod, Raisa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Hamish Daud pada 3 September 2017 dan bercerai pada 5 Disember 2025.Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata, Zalina Raine Wyllie, yang kini berusia enam tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube