PENAMPILAN pelakon Shin Ji-won ketika menghadiri sesi acara pentas selepas tayangan filem Karlovary baru-baru ini mencuri perhatian netizen.Shin yang sebelum ini dikenali sebagai Jo Hyun ketika bergelar anggota kumpulan Berry Good, menghadiri tayangan VIP filem berkenaan di Megabox Coex pada 26 Ogos lalu. Selesai tayangan, pelakon itu turut berinteraksi dengan penonton menerusi sesi acara pentas yang diadakan.Shin kini viral di media sosial.Namun, busana ketat yang digayakan Shin menjadi perhatian sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.Malah, ada yang mengkritik pemilihan busana berkenaan selain mempersoalkan penata busana yang bertanggungjawab menggayakan penampilannya.“Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Adakah gaya ini tidak mesra peminat?ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen Mulan Jameela di festival muzik terlalu ketat, netizen samakan macam kek kukusARTIKEL BERKAITAN: Fesyen baju pink ketat Kourtney Kardashian dikecam… netizen kata memalukan!“Terlalu kurus sehingga nampak menonjol begitu,” tulis netizen.Untuk rekod, Shin memulakan kerjaya dalam industri hiburan pada 2016 sebagai anggota Berry Good menggunakan nama pentas Jo Hyun.Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2021, dia meneruskan kerjaya sebagai pelakon.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube