PENYANYI Selena Gomez tidak pernah memadam impian untuk bergelar seorang ibu biarpun sedar perjalanan untuk membina keluarga bagi dirinya berbeza berbanding wanita lain.Selena, 34, menyentuh emosi peminat menerusi hantaran di Instagram Story apabila berkongsi foto dirinya sedang mendukung seorang bayi yang baharu dilahirkan. Menerusi perkongsian tersebut, Salena menitipkan kapsyen ringkas yang memberikan harapan untuk menimang cahaya mata.Selena dikatakan tidak mampu hamil disebabkan masalah kesihatan. “Satu hari nanti,” tulisnya.Sebelum ini, Selena sebelum ini beberapa kali secara terbuka berkongsikan mengenai impiannya untuk mempunyai anak bersama suami Benny Blanco.Bagaimanapun Selena mendedahkan dia tidak mampu mengandung sendiri kerana beberapa masalah kesihatan yang boleh mendatangkan risiko kepada dirinya serta bayi.ARTIKEL BERKAITAN: Suami Selena Gomez turun 2 kg selepas lima hari makan pizaARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez selamba cium kaki suami, bukti kasih sayang seorang isteri Pengakuan tersebut dibuat dalam temu bual bersama Vanity Fair pada 2024 dan Selena mengakui dia mengambil masa untuk menerima kenyataan tersebut.Namun keadaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi seorang ibu apabila Selena terbuka mempertimbangkan kaedah ibu tumpang atau pengambilan anak angkat.Untuk info, Selena dan Benny mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2023.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube