suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nana Mirdad kesal harga pelitup muka naik mendadak, dari RM3 jadi RM45 seunit!

Nana kesal apabila ada pihak cuba ambil kesempatan dalam situasi terdesak.

PELAKON Nana Mirdad meluahkan rasa kesal selepas mendapati harga pelitup muka meningkat secara mendadak susulan beberapa kejadian letusan gunung berapi di Indonesia.

Isteri kepada aktor Andrew White ini menyelar tindakan penjual pelitup muka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan ketika masyarakat berdepan situasi bencana.

“Agak gila juga apabila rakyat sedang susah tetapi melihat jenama penjual pelitup muka menaikkan harga sehingga sekitar 180,000 rupiah (RM45) seunit. 

Nana terkejut melihat harga terkini pelitup muka. 

"Sedangkan pada waktu pagi, ia masih dijual pada harga 12,000 rupiah (RM3) sahaja,” tulisnya menerusi akaun Threads. 

Dalam pada itu, Nana yang merupakan anak pasangan legenda Jamal Mirdad dan Lydia Kandou memberitahu syarikat milik suaminya turut mempunyai hak pengedaran bagi salah satu produk pelitup muka N95.

Katanya, ia sekali gus membuatkan dia mengetahui harga pengedaran produk berkenaan.

“Kebetulan salah satu produk yang diedarkan syarikat suami saya ialah pelitup muka N95, jadi saya tahu dengan tepat berapa harga pengedarannya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Olivia Rodrigo kecewa muka tumbuh jerawat kerana pelitup muka

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani dimarahi petugas lapangan terbang Turki gara-gara tak pakai pelitup muka

"Kenaikan harga secara spontan seperti ini memang tidak berperikemanusiaan,” ujarnya. 

Untuk info, kenaikan harga pelitup muka turut dilaporkan berlaku di kawasan Jabodetabek, Indonesia, susulan penyebaran abu gunung berapi yang menjejaskan beberapa kawasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan permintaan terhadap pelitup muka meningkat, dengan beberapa penjual di platform e-dagang seperti Shopee dan Tokopedia didakwa menjual produk berkenaan pada harga jauh lebih tinggi berbanding biasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain