GARA-GARA mengaku dirinya mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Hwang Jung Min, seorang wanita berusia 40-an akhirnya dikenakan hukuman denda kira-kira RM18,000 (6 juta won) oleh mahkamah.Lebih mengejutkan, wanita tersebut didapati bersalah kerana melanggar Akta Hukuman Jenayah Menghendap selepas didakwa berulang kali menghubungi pelakon berkenaan sehingga membuat Hwang terganggu. Menurut laporan KoreaBoo, wanita itu turut diarahkan mengikuti program pencegahan menghendap selama 40 jam.Hwang Jung Min akhirnya berjaya membersihkan namanya.Kontroversi berkenaan tercetus pada Julai lalu apabila wanita itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan Hwang sejak 2024.Dia turut memuat naik beberapa gambar, mesej serta rakaman panggilan telefon yang didakwa sebagai bukti hubungan mereka.Bagaimanapun, agensi yang mewakili pelakon berkenaan menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa wanita itu sebenarnya seorang penghendap.ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa curang, rakaman suara Hwang Jung Min tersebar di media sosialARTIKEL BERKAITAN: Media Korea sangkal dakwaan hubungan sulit dengan Hwang Jung Min punca peminat hampir bunuh diriPihak agensi turut memaklumkan bahawa wanita terbabit sudah dikenakan perintah larangan mendekati Hwang.Kes tersebut kemudiannya dibawa ke mahkamah selepas Hwang membuat laporan terhadap wanita berkenaan pada Ogos.Berdasarkan keputusan mahkamah, wanita itu didapati berulang kali menghantar mesej kepada Hwang sehingga menyebabkan pelakon tersebut berasa takut dan cemas.Hwang Jung Min terima pelbagai ugutan daripada wanita berkenaan.Dalam prosiding sebelum ini, wanita berkenaan mengakui pernah menghantar mesej yang memberi gambaran seolah-olah dia mahu mengambil nyawanya sendiri.Dia turut menghantar nota bunuh diri serta gambar seekor kucing yang telah mati kepada pelakon tersebut.Bagaimanapun, wanita itu menafikan melakukan kesalahan menghendap dan mendakwa tindakannya sekadar luahan perasaan sebelum mengakhiri hubungan mereka.Wanita berkenaan bagaimanapun tidak hadir semasa keputusan dibacakan.Pihak pendakwaan sebelum ini memohon supaya wanita berkenaan didenda sebanyak 10 juta won (kira-kira RM30,000).Mahkamah bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda RM18,000 selepas mengambil kira bahawa wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.Wanita berkenaan tidak hadir ketika keputusan dibacakan pada 8 September lalu, sebaliknya hanya diwakili peguam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube