DI SEBALIK populariti yang diraih bersama kumpulan 2AM, penyanyi Jo Kwon turut berkongsi kisah berdepan masalah kewangan ketika awal kemunculannya dalam dunia hiburan.Seperti juga kebanyakan rakan artis lain, Jo Kwon mendedahkan dia perlu membayar kembali wang yang telah dilaburkan oleh syarikat pengurusan sepanjang tempoh menjalani latihan. "Wang yang dilaburkan syarikat dalam tempoh latihan dikira sebagai hutang dan artis perlu bayar semula.Jo Kwon bersyukur kemunculan 2AM diterima baik peminat. "Saya hanya boleh melangsaikan bayaran dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas menjadi artis. Ketika itu saya berdepan masalah kewangan, tetapi ramai sangka saya kaya," katanya mengimbau kembali kenangan lama.Biarpun begitu, Jo Kwon bersyukur kemunculan kumpulan 2AM diterima baik peminat dan mereka menerima banyak undangan untuk membuat persembahan.Lebih beruntung lagi, lagu mereka berjudul Can't Let You Go, Even If I Die mengungguli carta sehingga menjadikan 2AM sebagai antara kumpulan berpengaruh.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat wanita didenda RM18,000 akibat dakwaan ada hubungan sulit dan menghendap Hwang Jung Min ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon selamba tayang perut berlipat, nekad mahu berdietDalam kesulitan memulakan kerjaya seni, Jo Kwon mengambil semangat daripada kepayahan hidup keluarganya untuk terus bekerja keras."Ada satu hari saya pulang ke rumah dan melihat ibu mencuci rambut menggunakan air sejuk kerana bekalan air panas telah dipotong.“Detik itu membuatkan saya berazam untuk bekerja keras bagi mendapatkan wang dan menjadi motivasi untuk mendapatkan tempat tetap dalam program televisyen,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube