suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Holland buat apa dengan Zendaya dalam kereta? Peminat syak pasangan filem Spider-Man benar-benar bercinta

Gosip cinta Tom Holland dan Zendaya semakin kuat apabila mereka dilihat sedang bercium di dalam kereta.

BERMULA dengan gosip cinta lokasi selepas sama-sama membintangi filem Spider-Man Homecoming, hubungan istimewa pasangan pelakon Tom Holland dan Zendaya kini dikatakan menjadi realiti.

Baru-baru ini tersebar foto kedua-dua mereka sedang bermesra dan bercium di dalam kereta milik Tom.

Bagaimanapun wakil untuk pasangan itu masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Foto mesra Tom dan Zendaya yang tersebar baru-baru ini.

Untuk rekod khabar angin mereka sedang hangat bercinta muncul sejak 2017.

Pada ketika itu netizen beranggapan mereka sedang mengenal antara satu sama lain ketika menjalani penggambaran Spider-Man.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini mereka juga dilihat sering menghabiskan masa bercuti bersama dan cuba merahsialan gosip hubungan istimewa berkenaan.

Terdahulu Zendaya dilaporkan bercinta dengan Jacob Elordi dari 2019 hingga 2020, dan Tom bercinta dengan Olivia Bolton pada 2019. - PageSix

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Tom Holland, Zendaya, bercinta

Artikel Lain