suria

Lama tangguh sebab Covid-19, Blake Shelton dan Gwen Stefani akhirnya kahwin minggu depan

Majlis perkahwinan Gwen dan Blake akan diadakan secara tertutup.

PASANGAN selebriti terkenal iaitu Gwen Stefani dan Blake Shelton kini menghitung hari untuk majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan tidak lama lagi.

Memetik laporan Hollywoodlife, Gwen dan Blake sudah membuat permohonan lesen perkahwinan pada Selasa lalu dan majlis tersebut akan berlangsung dalam masa enam hari lagi.

Difahamkan pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 9 Julai depan dan majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup di Oklahoma.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Awal Januari lalu, Blake mendedahkan dia dan Gwen terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan disebabkan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Untuk rekod, hubungan cinta pasangan penyanyi Gwen Stefani dan Blake Shelton sudah terjalin sejak 2015.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain