suria

Ramai tak setuju pendedahan Yuni Shara teman anak tonton filem porno demi pendidikan seks

Yuni Shara bersama dua anak lelakinya.

PENYANYI Indonesia, Yuni Shara ternyata mempunyai pendekatan berbeza dalam mendidik dua anak lelakinya yang semakin meningkat dewasa.

Jika hal berkaitan seks dilihat taboo dan sensitif dalam kalangan masyarakat Asia, lain pula buat Yuni apabila dia begitu terbuka malah sanggup menonton filem porno bersama anak-anaknya.

Menurut Yuni, 49, yang juga kakak kepada penyanyi Kris Dayanti ini, dia percaya remaja zaman sekarang tidak terlalu 'suci' sebaliknya pasti akan ada yang menonton filem lucah sekali dalam seumur hidup mereka.

"Anak-anak saya memang jenis yang terbuka dan saya pun tidak kisah kalau mereka nak tengok filem lucah, dalam anime pun kadang-kadang ada unsur porno.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Daripada mereka tengok sendiri-sendiri lebih baik saya ikut serta sekali. Saya malah sempat bertanya kepada mereka, macam mana tengok filem macam ni, seronok tak?, mereka kemudian balas, 'ibu jangan begini' tapi saya terangkan pada mereka benda ini biasa sahaja pada saya," katanya dalam saluran YouTube Venna Melinda.

Yuni sebelum ini pernah melalui dua kali kegagalan dalam rumah tangga. Hasil perkahwinan, dia mempunyai dua anak lelaki, Cavin Obient Salomo Siahaan, 19, dan Cello Obient Siahaan, 17 tahun.

Bagaimanapun, pendedahan berani Yuni itu nampaknya telah menimbulkan kemarahan ramai penduduk republik tersebut yang tidak bersetuju dengan cara didikannya terhadap anak-anak. - Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain