suria

Amber Heard dapat anak selepas 5 tahun berpisah dengan Johnny Depp... ramai tanya siapa bapanya?

Amber Heard umum kelahiran anak pertamanya.

PELAKON dan model Amber Heard secara tiba-tiba mengumumkan kelahiran bayi perempuannya selepas lima tahun dia berpisah dengan Johnny Depp.

Menerusi ciapannya di Twitter dia mendedahkan nama anak perempuannya iaitu Oonagh Paige Heard dilahirkan pada 8 April 2021.

“Saya harap kita sampai pada noktah di mana sudah menjadi sesuatu yang biasa apabila kita tidak memerlukan cincin di jari bagi mendapatkan cahaya mata.

“Saya sangat gembira dapat berkongsi berita ini dengan anda. Empat tahun yang lalu saya memutuskan ingin mempunyai anak. Saya mahu melakukannya dengan syarat saya sendiri," ujarnya.

Perkongsian Amber Heard di Twitter miliknya.

Menyedari perkongsian berkenaan bakal menimbulkan pelbagai tanda tanya berhubung bapa kepada anaknya itu, Amber terlebih dahulu menyentuh mengenainya dalam bebenang ciapan yang sama.

“Ingin saya tegaskan bahawa kehidupan peribadi saya bukan urusan orang lain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya juga mendapati bahawa sifat pekerjaan saya memaksa saya mengendalikan perkara ini sendiri. Dia adalah permulaan sepanjang hidup saya, ” katanya lagi.

Terdahulu Amber berkahwin dengan pelakon Johnny Depp, 58, pada tahun 2015 dan berpisah pada 2017.

Perpisahan mereka mendapat mendapat perhatian ramai kerana Amber mendakwa Johnny melakukan keganasan rumah tangga dan mendakwanya di mahkamah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Amber Heard, anak pertama

Artikel Lain