suria

Persembahan 30 lagu gegar Axiata Arena, magik Dewa 19 belum ‘Pupus’

Ahmad Dhani memberi persembahan bertenaga.

STADIUM Axiata Arena Bukit Jalil gamat dengan kehadiran 8,000 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan Konsert Live In Kuala Lumpur sempena meraikan ulang tahun ke-30 Dewa 19 pada malam Jumaat.

Meskipun hujan namun seawal pukul 5 petang peminat sudah mula berkumpul di perkarangan stadium bagi menyaksikan persembahan kumpulan terkenal Indonesia itu.

Tepat pukul 8.30 malam, konsert membuka tirai dengan persembahan lagu berjudul Restoe Boemi nyanyian Virzha sebelum stadium gamat apabila Ahmad Dhani muncul menyanyikan lagu hit mereka, Sedang Ingin Bercinta.

WhatsApp Image 2022-09-10 at 10.27.49 AM

Axiata Arena padat dengan peminat.

Tidak hanya Virzha dan Ahmad Dhani, seperti dijanjikan Dewa 19 turut menampilkan tiga lagi vokalisnya Ari Lasso, One Mekel dan Ello yang pernah menganggotai kumpulan tersebut.

Sebanyak 35 buah lagu popular mereka didendangkan kepada peminat termasuklah Arjuna, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan, Pupus dan Dewi.

ARTIKEL BERKAITAN: Terharu sokongan peminat, Dewa 19 tambah satu malam lagi konsert di Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Dewa 19 tampil dengan aplikasi muzik, boleh karaoke dan muat turun lagu eksklusif

Dengan slogan konsert 30 tahun, 30 Kota, 30 lagu ia merupakan hadiah istimewa buat peminat di Malaysia untuk lepaskan kerinduan terhadap band ikonik ini.

Sementara itu, Ari Lasso ketika muncul di pentas terkejut dengan sambutan luar biasa peminat di Malaysia yang diluar jangkaan.

WhatsApp Image 2022-09-10 at 10.26.50 AM

Ahmad Dhani dan Once berpadu suara.

Ari turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat kerana menyokong karier kumpulan Dewa 19 sepanjang 30 tahun berada dalam industri.

"Malam ini merupakan yang terindah buat kami, tidak sangka dapat melihat kehadiran anda semua di sini, anda semua memang sporting.

"Terima kasih Malaysia kerana sentiasa sokong kami sehingga saat ini dan anda memang luar biasa," ujarnya.

WhatsApp Image 2022-09-10 at 10.28.08 AM

Sebanyak 30 buah lagu dipersembahkan malam itu.

Sepanjang tempoh tiga jam persembahan, peminat bersorak dan menyanyi bersama tanpa henti malah ada juga yang tidak lepaskan peluang merakamkan momen indah bersama Dewa 19 sepanjang konsert berlangsung.

Konsert itu melabuhkan tirai dengan lagu ikonik mereka Separuh Nafas yang menampilkan kesemua vokalisnya.

Dewa 19 akan tampil sekali lagu menerusi konsert malam kedua di lokasi sama pada malam Sabtu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain