suria

[VIDEO] Tiada cemburu tak dapat sertai konsert Exists, Ezad Lazim fokus persembahan solo 2 malam di Langkawi

PENYANYI Ezad Lazim tidak berasa cemburu apabila tidak dapat menyertai Konsert Resolusi Exists yang dibuat dalam skala lebih besar berbanding persembahan mini yang diadakan pada November depan.

Ezad atau Rohaizad Mohd Lazim, 43, sebaliknya berkata, konsert itu nanti dapat memberi peluang kepada peminat setia kumpulan itu menonton persembahan vokalis asalnya Mamat yang sudah lama tidak muncul di khalayak ramai.

"Kenapa pula saya perlu rasa cemburu? Saya tahu peminat Exists kuat dan berbaloi untuk datang kerana Mamat ada sebagai vokalis.

"Anggota lain sudah minta saya terlibat sama tetapi saya terlebih dahulu sudah bersetuju dengan persembahan mini yang kebetulan pada bulan sama.

298211441_1212785239514677_1253308772002962992_n

Ezad nafi disisihkan kumpulan Exists.

"Ikutkan rasa memang nak terlibat tetapi penganjur sudah menetapkan tarikh. Saya anggap tiada rezeki bersama Exists dan ini rezeki Mamat sebenarnya," katanya kepada mStar.

Ezad berkata demikian selepas sidang media Mini Showcase Jiwa & Lagu Ezad Lazim yang diadakan di ibu negara Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jauh datang dari Indonesia! Zinidin Zidan ikut trend cover lagu 90-an macam Raffa Affar, impi duet dengan Ezad Lazim

ARTIKEL BERKAITAN: Nama tidak tersenarai dalam ‘Konsert Resolusi Exists’... Ezad Lazim jawab dakwaan disisihkan sebagai vokalis

Persembahan mini itu akan diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada 25 dan 26 November depan manakala Konsert Resolusi Exists menemui penonton pada 18 November 2022 di Zepp Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai mini showcase itu, Ezad berkata, ia adalah persembahan solot pertama sepanjang 27 tahun berada dalam industri muzik tempatan.

"Sebelum ini tidak pernah ada mungkin sebab lagu saya secara solo tak banyak yang hit macam bersama Exists, mungkin itu faktor utama. Saya lebih banyak diingati bersama Exists," jelasnya.

Kenapa pula saya perlu rasa cemburu?

EZAD LAZIM

PENYANYI

Kata Ezad, dia berharap peminat akan memberi sokongan terhadap persembahannya itu nanti dan konsert Exists.

"Fasal konsert Exists itu tiada isu pun. Paling penting sokongan daripada semua peminat sama ada konsert Exists mahupun persembahan solo saya.

"Insya Allah Exists akan mengadakan satu lagu konsert reunion pada Januari namun masih belum ada tarikh dan dalam perbincangan," katanya.

Dalam mini showcase itu, Ezad bakal diiringi oleh band AANTU dibawah pimpinan penyanyi dan komposer Adzrin Adzrain.

294246886_373273778280009_7750851976499514476_n

Ezad harap isu bersama Exists selesai.

Penonton yang hadir ke persembahan itu nanti turut berpeluang memenangi hadiah selain menghadiri Meet & Greet bersamanya.

Persembahan anjuran New Dimension Sdn Bhd dan bakal berlangsung di Ballroom Aseania Resort & Spa, Langkawi selama dua malam iaitu 25 dan 26 November ini.

Dalam pada itu, tempahan tiket juga sudah dibuka sejak 1 September lalu dengan harga bermula RM278 (Gold), RM229 (Silver), RM199 (Bronze) dan RM179 (Standard).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain