suria

Sharnaaz Ahmad komen hubungan dengan pramugari, netizen syak wanita sama didedah Jayden 

Sharnaaz Ahmad enggan mengulas lanjut mengenai video yang tular di TikTok.

PELAKON Sharnaaz Ahmad menyangkal dakwaan mengatakan dirinya sudah menemui pengganti ekoran penularan video bersama seorang wanita di aplikasi TikTok.

Perkara itu dijelaskan sendiri Sharnaaz ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mendakwa dirinya sedang mendekati seorang wanita dipercayai pramugari sebuah syarikat penerbangan.

"Mana ada," katanya ringkas kepada mStar.

Menerusi video berkenaan, wanita dikenali sebagai Diyya Eqa itu memuat naik video dirinya menggunakan ciri kesan khas dalam TikTok yang dikenali sebagai Double Layer.

Sharnaaz X

Ramai mendoakan agar Sharnaaz cepat bertemu jodoh.

Double Layer merupakan ciri kesan khas ditawarkan menerusi aplikasi TikTok.

yang membolehkan pengguna menggabungkan dua gambar bagi mendedahkan foto kedua yang disembunyikan di sebalik gambar pertama secara perlahan-lahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Uncle Har minta maaf” - Azhar Sulaiman buat permohonan maaf, doa urusan Puteri Balqis dipermudahkan

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad selamat bersalin bayi lelaki secara pembedahan, Raja Syahiran sambut anak dalam hiba dan gembira

Video yang mendapat lebih daripada 30,000 tanda suka itu menjadi bualan hangat netizen yang turut mengaitkan wanita itu adalah individu sama didedahkan anaknya, Jebat Jayden sebelum ini.

"Ini ya awek yang Jebat kata tu. Teman wanita Baba. Jebat tak salah terlepas cakap. Owh ini ke yang Jebat sebut Iqa tu. High taster Baba Jebat ni.

"Cantik! Sepadan mereka berdua. Lain macam pandangan Baba Jebat," antara komen yang ditinggalkan netizen di TikTok.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun dan wanita tersebut saling mengikuti laman sosial masing-masing di Instagram.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 sebelum pasangan itu mengambil keputusan bercerai pada 9 Julai 2020.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia empat tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain