suria

“Uncle Har minta maaf” - Azhar Sulaiman buat permohonan maaf, doa urusan Puteri Balqis dipermudahkan

Azhar Sulaiman memohon maaf kepada Puteri Balqis.

PELAKON Azhar Sulaiman tampil memohon maaf berhubung kenyataan yang dibuat mengenai kes Puteri Balqis yang didakwa menjadi mangsa amang seksual bapa kandungnya sendiri.

Azhar menerusi hantaran di Instagram turut meminta maaf sekiranya kata-katanya telah menggores hati Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish selain berharap semua urusan pelakon remaja itu dipermudahkan.

"Salam Jumaat semua. Saya ingin memohon maaf kepada semua yang marah kepada saya sejak dua tiga hari ini.

"Aqish, Uncle Har ambil berat dan sayang Aqish. Uncle Har minta maaf kalau melukakan hati Aqish.

ds

Azhar tetap dengan pendirian aib keluarga bukan untuk tatapan umum.

"Semoga segala urusan Aqish dan keluarga akan Allah SWT permudahkan," katanya.

Terdahulu, Azhar, 50, membuat hantaran di Instagram miliknya yang kini sudah dipadam memberi pandangan berhubung temu bual dibuat Aqish yang disifatkan tidak mendatangkan kebaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman ulas kes Puteri Balqis, Kasih Leona pula kena maki... “Tolong henti kaitkan apa yang dilakukan dengan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kandung Puteri Balqis direman 5 hari dakwaan cabul, telefon bimbit dirampas untuk siasatan

Azhar turut mempersoalkan adakah ada pihak yang menasihati pelakon itu sebelum membuat pendedahan berkenaan selain berpandangan aib keluarga perlu dijaga.

Netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu kemudiannya turut mengheret anak perempuan Azhar iaitu Kasih Iris Leona dengan memintanya menasihati bapanya.

Aqish, Uncle Har ambil berat dan sayang Aqish. Uncle Har minta maaf kalau melukakan hati Aqish.

AZHAR SULAIMAN

PELAKON

Dalam pada itu, Azhar dalam hantaran sama tepat berpegang teguh akan pendiriannya untuk menjaga aib keluarga daripada pengetahuan umum.

Malah pelakon filem Abang 92 itu turut berkongsi petikan kata-kata daripada pendakwah terkenal Azhar Idrus.

"Wajib bagi seorang Islam untuk menjaga aibnya sendiri dan orang lain.

"Tidak kira anda agama apa, adalah satu perkara yang bijak untuk tidak berkongsi rahsia keluarga anda secara terbuka.

"Apabila bercakap mengenai masalah maruah diri dan keluarga, selesaikan ia mengikut cara yang betul," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain