suria

Puteri Balqis anggap nasihat Azhar Sulaiman bersifat marah, geram dan bengang

Puteri Balqis menjawab pandangan Azhar Sulaiman terhadapnya di Instagram.

PELAKON Puteri Balqis menganggap komen Azhar Sulaiman mempertikai tindakan dia membuat pendedahan terbuka atas dakwaan menjadi mangsa amang seksual bapa sendiri sebagai emosi peribadi.

Puteri Balqis atau Aqish berkata, pandangan Azhar itu bukan satu bentuk nasihat sebaliknya lebih bersifat emosi marah, geram dan bengang.

Aqish turut menjelaskan ketika ini dia sudah cukup susah selain terpaksa berjauhan dengan ibunya dan sedang bersendirian.

"Uncle, saya sedang berjauhan dengan ibu saya waktu ini dan saya seorang. Anda tahu betapa susahnya saya ketika ini?

aq

Kenyataan ini telah pun dipadam oleh Aqish.

"Saya tidak nampak apa yang uncle tulis ini sebagai 'rules'. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram dan bengang," katanya menerusi hantaran di Instagram Story yang telah pun dipadam.

Aqish berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azhar yang tidak bersetuju dengan tindakan remaja itu mendedahkan secara terbuka isu gangguan seksual bapa sendiri yang dihadapinya kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Uncle Har minta maaf” - Azhar Sulaiman buat permohonan maaf, doa urusan Puteri Balqis dipermudahkan

ARTIKEL BERKAITAN: Pendedahan Puteri Balqis beri kesan kepada kerjaya, nama digugurkan bintangi drama 14 episod

Azhar turut mempersoalkan sekiranya ada pihak sudah menasihati Aqish sebelum membuat kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang 92 itu pada pagi Jumaat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon remaja itu di Instagram.

Dalam pada itu, Aqish turut mengucapkan terima kasih atas nasihat diberikan Azhar namun dia tidak akan sesekali memberikan nasihat sama kepada rakan-rakan yang senasib dengannya.

Malah dakwa Aqish, apa ditulis Azhar itu seolah-olah menulis nota bunuh diri untuk mereka.

aqish

Semoga Aqish terus kuat menempuh dugaan ini.

"Terima kasih atas nasihat, tetapi saya tidak akan sesekali berkata sedemikian kepada orang lain perkara sama.

"Anda telah menulis nota bunuh diri untuk kami," tulisnya lagi.

Aqish telah membuat laporan polis berhubung dakwaannya pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya sebelum suspek ditahan pihak berkuasa sehari kemudian di Kedah.

Suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan atas dakwaan membabitkan kes pencabulan, memiliki bahan lucah dan pengabaian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain