suria

Pendedahan Puteri Balqis beri kesan kepada kerjaya, nama digugurkan bintangi drama 14 episod

Nama Aqish digugurkan daripada membintangi sebuah drama selepas isu melibatkan bapa kandungnya tular.

SUSULAN pendedahan menjadi mangsa amang seksual bapa kandung sendiri, nama pelakon Puteri Balqis didakwa digugurkan daripada senarai produksi drama untuk siaran sebuah stesen TV swasta.

Ibu kepada Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz yang mendedahkan perkara tersebut turut melahirkan kebimbangan sekiranya isu tersebut menjejaskan kerjaya seni dan penjualan buku puisi yang diusahakan anaknya itu.

"Sedih untuk beritahu tetapi tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod telah ditarik balik... biasalah kes tengah viral.

aqish 2

Aqish bersama ibunya.

"Saya juga bimbang jualan buku Aqish akan perlahan," katanya.

Dalam pada itu, Norashikin berkata, meskipun bimbang dengan kerjaya seni anak kesayangannya itu, namun dia percaya dengan rezeki selain sedar masih ramai menyokong mereka untuk terus bertahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Puteri Balqis disiasat dakwaan cabul, polis mula bertindak... “Mangsa sering dipertontonkan dengan video lucah”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kandung Puteri Balqis direman 5 hari dakwaan cabul, telefon bimbit dirampas untuk siasatan

"Saya risau tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat," jelasnya.

Pada Sabtu lalu, Aqish, 15, menjadi sebutan ramai selepas dia secara terbuka mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa kandungnya menerusi temu bual bersama Bros Geng TV yang disiarkan di YouTube.

Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu

NORASHIKIN MOHD AZIZ

Dalam temu bual itu, pelakon itu menjelaskan tindakan dia mendedahkan semua perkara itu kerana ia telah memberi kesan kepada emosi dan pembentukan dirinya hari ini.

Aqish juga sudah tidak tahan apabila ibunya menjadi sasaran dan sering dipersalahkan oleh masyarakat.

Selepas pendedahan itu juga, Aqish membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada Isnin lalu.

Suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa di Kedah sebelum ditahan reman bagi membantu siasatan atas dakwaan pencabulan, pengabaian dan pemilikan bahan lucah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain