suria

Uyaina Arshad selamat bersalin bayi lelaki secara pembedahan, Raja Syahiran sambut anak dalam hiba dan gembira

Raja Syahiran dan Uyaina menyambut kelahiran bayi lelaki pada Khamis.

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada petang Khamis.

Suaminya, pelakon Raja Syahiran, 29, memaklumkan Uyaina bersalin secara pembedahan dan bersyukur isteri dan anaknya berada dalam keadaan selamat.

Pelakon itu turut memberitahu kelahiran anak sulung mereka disambut dengan rasa hiba, sayu dan gembira.

1494511

Pasangan ini berkahwin pada Disember tahun lalu.

"Assalamualaikum anakandaku. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdulillah," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok Uyaina meronta tahan sakit... Raja Syahiran sedih dan rasa diri tidak berguna

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad alami simptom teruk, nak pergi tandas pun merangkak... Terpaksa masuk wad kerana Covid-19

Pelakon itu turut menitipkan pesanan buat bayi lelakinya itu dan berdoa agar dia menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan agama.

"Menjelang Maghrib tanggal 8 September 2022 anakandaku dilahirkan dengan tangisan.

"Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama serta menjadi manusia berakhlak mulia dan seorang pemimpin hebat.

"Baba dan Mama sayangkan awak," tulisnya.

Raja Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain