suria

Nama tidak tersenarai dalam ‘Konsert Resolusi Exists’... Ezad Lazim jawab dakwaan disisihkan sebagai vokalis

Ezad nafi wujud sebarang masalah dengan kumpulan Exists.

PENYANYI Ezad Lazim menyangkal dakwaan kononnya berlaku perselisihan faham antara dirinya dengan anggota kumpulan Exists susulan ketiadaan namanya dalam Konsert Resolusi Exists pada 18 November depan bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Menjelaskan hal berkenaan, Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 43, berkata, ketiadaannya disebabkan sudah terikat dengan komitmen lain sebelum perancangan konsert itu dibuat sehingga terpaksa menolak tawaran tampil bergabung dengan kumpulan berkenaan.

"Selepas pengumuman konsert tersebut ramai bertanya adakah saya disisihkan daripada Exists sehinggakan apabila saya buat status luahan di laman sosial pun ada yang salah anggap.

ezad lazim 2

Ezad juga bakal mengadakan sebuah persembahan solo pada November.

"Saya dan Exists tidak pernah bermusuhan dan kami pernah berbincang tentang konsert itu sebelum ini. Malah saya yang akan jadi vokalis utama pada persembahan itu nanti.

"Bagiamanapun disebabkan komitmen kerja dan jadual yang padat sepanjang November nanti, saya mengambil keputusan untuk tidak terlibat," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Resolusi Exists tampil 3 vokalis... Peminat tanya mana Ezad Lazim?

ARTIKEL BERKAITAN: Terkilan dibayar rendah, Ezad Lazim minta penganjur nilai semula harga penyanyi lama

Tambah Ezad, dia bersama Exists sudah berbincang dengan pihak penganjur untuk mengubah tarikh konsert bagi membolehkan dia menyertai persembahan itu namun ia tidak dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Ezad memberitahu pada November dia juga akan mengadakan sebuah persembahan mini di Pulau Langkawi, Kedah dan berharap acara itu tidak dilihat sebagai satu saingan terhadap Konsert Resolusi Exists.

Disebabkan komitmen kerja dan jadual yang padat sepanjang November nanti, saya ambil keputusan untuk tidak terlibat dalam konsert tersebut.

EZAD LAZIM

PENYANYI

Jelas Ezad, persembahan itu sudah dirancang terlebih awal dan kebetulan ia diadakan pada bulan sama dengan konsert tersebut.

"Saya sendiri akan mengadakan mini showcase pada 25 dan 26 November depan di Pulau Langkawi. Tiada niat bersaing, cuma tak sangka persembahan yang sudah dirancang lebih awal diadakan pada bulan sama," jelasnya.

ezad lazim 3

Exists kembali mengadakan konsert reunion tahun hadapan.

Konsert Resolusi Exists menampilkan tiga vokalis iaitu Mamat, Pasha dan Eiz yang akan mendendangkan lagu popular kumpulan tersebut seperti Janji Padamu, Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Langkah Seiring, Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Mencari Alasan.

Dibawakan oleh ImagineX tiket konsert boleh didapati di www.ticket2u.com.my pada harga RM190 (Bronze), RM230 (Silver), RM290 (Gold), RM330 (Platinum) dan RM800 (Box Meet & Greet).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain