suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mona Allen sambut bayi Merdeka

Mona berkongsi berita gembira sambut kelahiran anak pertama.

PELAKON Mona Allen selamat melahirkan bayi lelaki sulung di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi, Rabu.

Berkongsi berita gembira itu, Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat.

mona 2

Mona dan Pekin dikurniakan cahaya mata pertama selepas lima tahun berkahwin.

"Baby merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi," katanya.

Monna dan suaminya iaitu pelakon Pekin Ibrahim turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan dan kenalan rapat sempena kelahiran anak mereka yang turut sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun TTC, Pekin syukur Mona Allen berjaya hamil... Ikhtiar minum air kelapa muda bakar berhasil

Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses untuk mendapatkan anak atau Trying to Conceive (TTV).

Dalam temubual sebelum ini, Mona memberitahu mereka turut melakukan rawatan perubatan Islam dan berjaya hamil selepas Pekin minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga 7 Disember 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain