suria

Affizy Khairy luah perasaan dalam ‘Ku Bertahan’, kongsi kisah semangat dan perjuangan hadapi kepayahan hidup

Lagu baru Ku Bertahan nyanyian Agy menceritakan tentang kepayahan seseorang yang berdepan dengan cabaran.

ARTIS baharu, Affizy Khairy menggunakan khidmat komposer Aiman Sidek yang terkenal dengan lagu Cinta Sejati bagi single baharunya.

Affizy Khairy atau mesra disapa sebagai Agy mengatakan lagu Ku Bertahan menceritakan tentang semangat dan perjuangan dalam mengharungi liku kehidupan.

Katanya, dia mengharapkan agar pendengar dapat menerima kemunculannya single ketiga itu sekali gus membuka peluang buatnya untuk bersaing dengan penyanyi lain.

"Saya amat berbesar hati dapat menyanyikan lagu Ku Bertahan yang sangat kena dengan situasi kehidupan saya sekarang.

"Saya berharap agar lagu ini meresap ke jiwa pendengar yang sedang sedang melalui saat getir dan kepayahan dalam hidup," katanya.

Untitled design (42)

Single baru lagu Ku Bertahan merupakan single ketiga Agy selepas Tiada Apa dan Kamar Sepi.

Dalam pada itu, Aiman Sidek menyifatkan Agy sebagai seorang penyanyi yang memiliki tone suara yang unik dan tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Namo’ taruhan pertama Sweet Qismina, harap peminat beri peluang buktikan diri sebagai penyanyi

"Kekuatan vokal yang baik ditambah dengan penjiwaannya yang mendalam bagi lagu tersebut.

Untitled design (43)

Aiman Sidek selaku komposer lagu Ku Bertahan sebelum ini pernah menyertai pertandigan AJL23 pada tahun 2008 bagi kategori Etnik Kreatif.

"Saya mendaapt bayangan Agy untuk menyanyikan lagu ini semasa saya menulis dan menciptakan lagu tersebut," jelasnya.

Muzik video lirik lagu Ku Bertahan yang mula dilancarkan pada 2 Julai di YouTube mendapat lebih 15,000 tontonan.

Untuk rekod, Aiman sebelum merupakan Naib Juara Akademi Nasyid di TV9 pada 2008 dan pernah menyertai Anugerah Juara Lagu ke-23 bagi kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Dusta Berkalang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain